1hb March 2013 KENYATAAN MEDIA WIRA PERKASA MALAYSIA
1hb March 2013.
Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia
Seluruh kepimpinan Wira Perkasa Malaysia mengucapkan salam takziah untuk keluarga anggota keselamatan yg terkorban demi mempertahankan tanahair tercinta. Mereka ini gugur disebabkan mempertahankan Kedaulatan Negara, demi Negara nyawa mereka taruhkan.
Naib Presiden PKR Tian Chua telah mengeluarkan satu kenyataaan yang tidak bertanggungjawab dengan menyatakan bahawa insiden di Lahad Datu adalah konspirasi umno. Kenyataan tidak bertanggungjawab itu pastinya mengguris perasaan keluarga anggota polis yang terkorban? Apakah disebabkan yang terkorban ini Melayu? Kenyataan beliau jelas menunjukkan beliau tidak prihatin akan nasib anggota polis yang terkorban. Apakah kematian anggota polis satu sandiwara bagi Tian Chua???Tian Chua telah menghina anggota polis yang terkorban demi mempertahankan negara!!!
Reaksi beliau boleh mengelirukan situasi yg sebenarnya dlam masa yg sama ianya boleh mengeruhkan keadaan yg sedia ada dimana kerajaan telah cuba utk menyelesaikan konflik tersebut dgn cara pendamaian. Dengan sewenang2nya beliau menuduh peristiwa ini sebagai satu sandiwara umno adalah sesuatu yg tidak boleh diterima akal. Saya bersama Kepimpinan Wira Perkasa Malaysia, mengecam sekeras2nya tindakan tian chua dlm mengulas isu ini. Dan kita akan pastikan pada PRU seluruh Ahli2 Perkasa di Parlimen Batu supaya jangan mengundi pengkhiant ini.
Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia
Comments
Post a Comment