Genap 40 Tahun....UITM

Asalamuaalaikum, Hari ini tarikh 22hb April 2014.Tarikh yg tidak akan saya lupa sepanjang hayat saya.

22hb April 1974, iaitu kira2 40tahun yg lalu, sewaktu saya menjadi Presiden Kesatuan Siswa ITM(KSITM), saya memimpin satu perarakkan demonstrasi berjalan kaki dari kampus ITM shah alam menuju ke Parlimen Kuala Lumpur untuk menuntut taraf Universiti bagi ITM.

Lebih 6 ribu siswa siswi ITM terlibat, iaitu hampir 100% bersatu, bermula jam 8 mlm dalam, dua barisan berjalan kaki dan bila tiba di Batu 3, Shah Alam, pihak FRU telah bertindak dengan menembak gas pemedeh mata. Keadaan menjadi huru hara dan kelam kabut.

Ringkasnya, lebih 1500 orang siswa di tangkap, sekitar 600 orang di masuk ke hospital, ada yg patah tangan, kaki dan berbagai luka parah. Sekitar 600 orang sampai juga ke Parlimen. Siswa ITM jurusan kejuruteraan mengambil aleh keretapi menuju ke KL dan banyak tiang lampu tumbang sepanjang lebuhraya persekutuan.

Suasana macam perang. Pd 23hb April 1974, ke esokkan hari saya mengambil aleh pentadbiran kampus ITM di Shah Alam dan kampus Jln Othman di PJ.

Dua minggu berkurung dlm kampus dan di kepong oleh polis dan FRU. Akhirnya atas arahan Tun Razsk sebagai PM pd waktu itu, mengarah polis membawa ibu bapa EXCO KSITM ke kampus ITM jln othman untuk memujuk kami berdurai dan menyerah diri.

Rundingan telah dijalankan yg membawa kpd pertemuan saya dan exco ksitm dengan Tun Razak dan beberapa menteri kabinet di Jabatan Perdana Menteri. Persetujuan telah di capai, Tun Razak memberi surat tulisan tangan kpd saya, bersetuju untuk mengiktiraf sebahagian dari Diploma ITM di iktiraf setaraf ijazah am. Sebelum ini, Diploma ITM hanya setaraf dgn STPM. Lanjutan atas persetujuan tersebut, ITM di tutup sebulan dan semua siswa siswi di mestikan pulang ke kampung masing2. Kami barisan exco ksitm dan Dewan Majlis ITM tidak pulang dan beroperasi di Bangunan MAYC atas ihsan secara senyap oleh Tan Sri Sanusi Junid, Presiden MAYC ketika itu

Inilah sejarah perjuangan demi anak Melayu dgn slogan Bumiputra Bertindak. Saya tidak pernah berputus asa dan meneruskan perjuangan menuntut ITM di naikkan taraf Universiti, baik dalam Parlimen,di Perhimpunan Agung UMNO, dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dan dimana saja saya ada peluang bercakap.

Bersyukur pada Allah swt, di Perhimpunan Siswazah ITM di Stadium Melawati pd tahun 1999,Tun Dr Mahathir Mohamad, PM pd waktu itu,Dato Najib Menteri Pelajaran yg hadir bersama,15ribu graduan ITM dimana saya menjadi penganjur dan pengurusi, berkumandang suara Tun M selaku PM mengistiharkan ITM bertukar taraf menjadi sebuah Universiti untuk anak bangsa.

DEMIKIANLAH SEBUAH PERJUANGAN DALAM LIPATAN SEJARAH. Kpd rakan2 seperjusngan yg telah kembsli kerahmatullah, didoa semuga rohnya ditempatkan dikalangan para solihin.amin.Malam ini di mesjid uitm shah alam,ada majlis tahlil dan bacaan yasin.Ada yg sudi hadir di jemput. Majlis bermula jam 6.30ptg.Terima Kasih sudi membaca.

Dato Ibrahim Ali
Presiden Perkasa Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

Jika tak mampu turunlah dengan cara bermaruah

APAKAH MENTERI DARIPADA DAP INI BODOH ATAU KRANG HAJAR???

Doa Nasiri