Apakah Ketua Pemuda UMNO lupa asal usul?
Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia
3 Muharam 1436 / 27hb Oktober 2014
Wira Perkasa merasakan begitu aneh sekali bila Ketua Pemuda UMNO membuat kenyataan mempertikaikan penjelasan AG dalam isu yg dibangkitkan oleh Presiden Perkasa berkaitan membakar Bible bahasa Melayu yg ada perkataan Allah dan tulisan jawi.
Inikah sikap seorang Ketua Pemuda UMNO Malaysia bertaraf Menteri? Jika beliau berkata itu pandangan peribadi beliau, Wira Perkasa mencabar beliau buat mesyuarat tergempar Exco Pemuda UMNO Malaysia dan keluarkan satu ketetapan Pemuda UMNO Malaysia bahawa mereka mahu Presiden Perkasa perlu didakwa atas akta hasutan atas isu tersebut. Kami cabar mereka buat atas nama Pemuda UMNO Malaysia.
Sebagai orang muda, kami Wira Perkasa impikan seorang tokoh pemimpin muda yang lantang pertahankan kepentingan Islam apa lagi semakin banyak kes cubaan memurtadkan anak-anak muda Islam.
Tetapi apa yang kami boleh harapkan dengan pemimpin muda dari UMNO skrg? Pihak yang mengedar Bible dalam bahasa Melayu kepada anak-anak Islam tidak pula diselar oleh Pemuda Ketua Pemuda UMNO Malaysia tetapi Presiden Perkasa yang jelas tidak mahu mana-mana pihak cuba mengelirukan anak-anak orang Islam itu pula mahu dihadapkan ke mahkamah. Apa ini? Inikah Ketua Pemuda dari sebuah parti yang kononnya perjuangkan kesucian Islam?
Mungkin ramai pihak tak kenal siapa KJ ni. Kalau sesiapa tak kenal lagi Wira Perkasa sila boleh kami perkenalkan.
Sejak beberapa kes membaling kepala dan daging babi di beberapa masjid dan surau, tidak terlihat kelibat KJ di masjid-masjid dan surau itu semua. Tetapi bila sebuah gereja dibakar dulu, KJ lah antara orang terawal sampai.
Agama mana yang Ketua Pemuda UMNO ni perjuangkan sebenarnya?
Eloklah KJ lebih baik jaga kementeriannya elok-elok dari sibuk dengan isu ini. Jangan nak jadi hero pada semua isu. Jangan buat kenyataan bodoh nanti orang Melayu semakin membenci kepada UMNO. Atau sememangnya itu yang KJ mahukan?
Sekian
Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia

Comments
Post a Comment