Syabas.....

Kenyataan Wira Perkasa Malaysia
11 RabiulAkhir 1436 / 3hb Febuari 2015

Kenyataan Ketua Wira Perkasa Malaysia

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Menteri Pertanian Industri dan Asas Tani Dato' Seri Ismail Sabri atas keberanian beliau dlm mengeluarkan kenyataan baru baru ini.

Beliau meminta kepada peniaga kaum cina agar menurunkan harga barang disebabkan pihak kerajaan telah menurunkan harga minyak sejak Disember lalu. Namun kenyataan ini telah diputar belitkan beberapa pihak hingga mengakibatkan timbul salah faham dan menyebabkan Dato Seri Ismail Sabri dikatakan menegeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman.

Mengapa perlu diperlakukan sedemikian? Apa lagi yang mereka mahu? Jangan cuba menyimbah minyak kedalam api. Kita sedia maklum bahawa peniaga berbangsa cina boleh mempengaruhi harga barangan kerana mereka sememangnya menguasai perniagaan barangan asas di Malaysia. Jangan hanya kerana permintaan dibuat oleh seorang menteri berbangsa Melayu maka kenyataan ini mudah dipusing dan dimainkan.

Kenyataan Dato' Ismail Sabri amat wajar kerana sampai hari ini kita masih tidak mendengar bahawa peniaga peniaga khususnya peniaga cina menurunkan harga barang. Mereka hanya tahu menyalak dan membuat bising apabila harga minyak naik. Inilah masanya mereka menurunkan harga barang kerana harga minyak telah pun turun. 

Selain kenyataan itu Dato' Ismail pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pengguna mempunyai kuasa besar terhadap peniaga. Sekiranya peniaga berdegil maka pengguna boleh memboikot para peniaga terbabit. Kenyataan ini juga dimainkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Saya amat hargai usaha Dato' Ismail Sabri kerana beliau berusaha menyedarkan kita agar menjadi pengguna yang bijak. 

Justeru, kami Wira Perkasa Malaysia menyokong usaha Dato' Seri Ismail Sabri atas menyedarkan pengguna khususnya orang Melayu agar sedar dan jangan mudah terpedaya dengan perkara yang tidak benar dikeluarkan oleh beliau. Kami juga berharap ramai lagi pemimpin berani tampil menyuarakan pendapat mereka dalam memperjuangkan hak2 rakyat khususnya orang Melayu.

Sekian

Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

Jika tak mampu turunlah dengan cara bermaruah

APAKAH MENTERI DARIPADA DAP INI BODOH ATAU KRANG HAJAR???

Doa Nasiri