Rakyat Malaysia tidak lagi Merdeka
Assalamuaalaikum WBT
Isnin 16 Zulkaedah 1436 / 31 Ogos 2015
Negara kita mengalami keadaan ekonomi yang amat sukar. Dengan kedudukan mata wang menjadi rendah ada juga yang menyatakan beberapa buah Negara sudah mula tidak menerima mata wang kita. Mengapa ini berlaku? Ini semua kerana pelabur asing telah tidk percaya (Lost confident) kepada Negara kita, juga keadaan pemimpin kerajaan gagal mentadbir urus Negara dengan baik. Ini juga cukup untuk menurunkan mata wang Negara kita.
Saya difahamkan bahawasanya perlaksanaan GST tidak mencapai matlamat kerajaan. Mengapakah tindakan kerajaan mengenakan cukai GST terhadap seluruh rakyat Malaysia? Adakah disebabkan kerajaan ingin membayar segala hutang-hutang negara dan membuat keputusan mengenakan GST? Rakyat semakin hari semakin membenci kerajaan kerana himpitan kehidupan seharian dan dalam pada masa yang sama Rakyat perlu bersusahan dan pemimpin pada hari ini bermewahan.
Isu 1MDB juga adalah suatu perkara yang amat memalukan Negara. Dengan kemasukan wang yang sebegitu banyak ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, yang telah didedahkan oleh Wall Street Journal (WSJ). Saya masih menunggu bilakah Perdana Menteri ingin menyaman WSJ dan menafikan perkara tersebut? Sehingga kini hanya surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh peguan Perdana Menteri untuk WSJ menjawab segala soalan-soalan dalam masa 14 hari. Malangnya masa 14 hari itu telah lama berlalu. Tiada tindakan susulan untuk membersihkan nama Perdana Menteri. Ini juga satu kesalahan oleh Perdana Menteri selaku penjawat awam yang menerima wang dan memasukkan ke dalam akaun peribadinya iaitu"Special Account" di AM Bank.
Setiap tidak tanduk Perdana Menteri tidak merujuk kepada kabinet. Perkara ini telah didedahkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pergolakan terus berlaku Perdana Menteri terus membuat rombakan kabinet secara mengejut dan menyingkirkan beberapa pemimpin-pemimpin kanan yang bertanyakan berkenaan isu 1MDB dan beberapa pengarah-pengarah tertinggi daripada Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah turut ditukar dan ditangkap. Sementara itu Dato Nur Jazlan yang mengetuai PAC telah dilantik selaku Timbalan Menteri di Kementerian Dalam Negeri dalam masa siasatan 1MDB sedang berlangsung.
Lebih mengejutkan apabila AG Tan Sri Ghani Patail diberhentikan secara tiba-tiba atas alasan tidak sihat. Ini semua mengundang persoalan. Apakah yang cuba disembunyikan oleh Perdana Menteri. Adakah undang-undang sudah tidak diguna pakai lagi? Apakah Perdana Menteri "Above the Law"?
Dahulu pada 25hb Ogos 2013 saya ada menyatakan dan menyarankan supaya Perdana Menteri meletakkan jawatannya kerana sudah nampak akan kesudahannya. Click here Maka hari ini terbukti bahawasanya apa yang diperkatakan itu benar adalah belaka. Sudah sampai masanya berkorbanlah demi Islam dan bangsamu. Saya merasakan Perdana Menteri telah mengadai segalanya.
Irwan Fahmi Ideris

Comments
Post a Comment