Jangan biadap Ketua Pemuda MIC

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia
11 April 2016 | 03 Rejab 1437H

Wira Perkasa Malaysia mahu pemuda MIC agar berhenti daripada terus bercakap dan masuk campur dalam isu yang melibatkan hal ehwal Agama Islam. Ini adalah berikutan tentang mereka mahu menghalang Dr. Zakir Naik yang akan mengadakan syarahan di Melaka.

Umum mengetahui bahawa Dr. Zakir Naik merupakan seorang tokoh agama yang amat disenangi. Cara penyampaian ceramah dan menjawab soalan sangat dikagumi ramai. Saya nak tanya mereka mengapa perlu menghalang Dr. Zakir dari memberi ceramah? Apakah disebabkan tajuknya iaitu persamaan agama Hindu dan Islam? Saya menyeru agar mereka duduk dan fikir seketika. Kebanyakan penyampaian ceramah oleh Dr. Zakir Naik disampaikan dengan penuh ilmiah. Beliau mengupas sesuatu isu dengan cukup teliti dan penuh yakin. Beliau juga mengupas jawapan kepada setiap persoalan dengan lebih jelas dan terpeinci.

Saya ingatkan mereka sekali lagi, jangan cuba mencurah minyak didalam api. Datanglah ceramah tersebut dan tanyalah sendiri kepada Dr Zakir sendiri kalau betul tak puas hati. Jangan dah baling batu sembunyi tangan. Dia kena ingat Islam adalah agama persekutuan di Malaysia. Dia seperti sengaja mencetus kemarahan dan bermain sentimen yang tidak baik terhadap Islam. 

Dia juga harus menghormati Islam sebagai agama persekutuan. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong adalah ketua agama rasmi negara. Tindakan seperti ini sama seperti tidak menghormati Yang DiPertuan Agong. Jika betul Dr. Zakir membuat fitnah kepada agama lain masakan ramai yang telah memeluk Islam kerana apa yang disampaikan itu adalah benar. Malahan Dr. Zakir Naik diiktiraf sebagai tokoh Maal Hijrah 1436H oleh Yang DiPertuan Agong. Cukup! Hentikan segala tindakan mencampuri urusan terhadap agama Islam. 

Dengan ini Wira Perkasa menyeru agar mereka faham dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 11 (4) iaitu Perlembagaan memperuntukkan undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganuti agama Islam.” Selepas mereka faham mereka tidak akan mengambil mudah terhadap perkara yang melibatkan agama Islam. Islam itu mudah difahami. Malu bertanya sesat jalan. Kalau dah sesat jangan mengambil mudah menyesatkan orang lain.

Sekian,
IRWAN FAHMI IDERIS
Ketua Wira Perkasa Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

Jika tak mampu turunlah dengan cara bermaruah

APAKAH MENTERI DARIPADA DAP INI BODOH ATAU KRANG HAJAR???

Doa Nasiri