Rakyat kian derita
Kehebatan pemimpin masa kini adalah dengan menjual aset negara lalu mengumumkan ekonomi negara kita kini stabil. Sebenarnya mereka yang stabil dan rakyat menderita. Rakyat kini terpaksa mengharungi keadaan ekonomi dengan berbagai yang meningkat secara mendadak.
Cuba kita renungkan hari ini rata-rata kita mendengar keluhan rakyat, peniaga pun juga merasa akibat salah urus ekonomi negara dan kekayaan negara tidak diagihkan dengan adil. Akibatnya pemimpin kaya raya lalu rakyat menderita.
Ramai yang menyatakan bahawasanya melayu ini bangsa subsidi. Sebenarnya inilah juga cara kerajaan mengagihkan kekayaan negara kepada rakyat secara terus.
BR1M? Bukan semua mendapat bantuan ini dan bantuan ini nampaknya sekadar melepaskan batuk di tangga. Memberi BR1M lalu kaut kembali daripada rakyat.
Ramai pegawai tinggi kerajaan diberhentikan atas pelbagai alasan. Sepatutnya PERDANA MENTERI seharusnya meletakkan jawatan. Kerana dibebani dengan pelbagai skandal. Saya juga tidak paham mengapa dia terlalu degil sehingga tidak mahu berbuat demikian. Tidak tahu malukah?
Dahulu pada tanggal 25hb Ogos 2013 saya menyarankan perdana menteri Wajar meletakkan jawatan. Pada ketika itu saya mendapat pelbagai cemuhan dan kritikan. Akan tetapi pada hari ini sudah berapa ramai manusia yang mahukan Perdana Menteri Letak jawatan. Diantaranya adalah isu kalimah ALLAH.
Sudah-sudahlah kasihanlah kami rakyat yang menderita diatas pemerintahan kamu. Tidakkah kamu merasakan bersalah atas segala perbuatan kamu sehingga rakyat menderita.
SUDAH CUKUP SEGALANYA DIGADAI HJ NAJIB WAJAR LETAK JAWATAN.
Sekian, Terima Kasih
Irwan Fahmi Ideris
11hb April 2017
2:00am
Comments
Post a Comment