TENAGA NASIONAL BERHAD MENGAUT KEUNTUNGAN DARIPADA RAKYAT YANG SEDANG SUSAH
Tenaga Nasional Bhd (TNB) meraih keuntungan bersih RM1.82 bilion bagi separuh pertama tahun ini, lebih tinggi berbanding RM1.41 bilion yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lalu.
Namun TNB akan menggunakan kadar tarif yang baru Ianya dijangka berlaku kenaikan harga. Mengapakah mereka ini tidak merasakan bertanggungjawab dalam keadaan rakyat susah. Sebelum ini saya ada menyatakan supaya TNB mengurangkan keuntungan mereka sedikit demi membantu rakyat. Kali ini rakyat rata sedang dalam keadaan sukar menjalani kehidupan seharian.
Kerajaan perlu memikirkan rakyat dahulu, seperti eletrik ini rakyat tiada pilihan bukan ada syarikat lain yang membolehkan rakyat membuat pilihan. Ini adalah keperluan asas janganlan ada menteri mengeluarkan kenyataan bodoh seperti bertukar mengunakan lampu LED dan sebagainya. Ini membebankan rakyat. Bertukar kepada lampu LED tu perlu membeli bukan boleh dapat percuma. Menteri-menteri ini kalau bodoh lebih baik diam. “tak bantu tak mengapa tetapi jamgan pula menyusahka”
Irwan Fahmi Ideris
Presiden Pertubuhan Kebajikan Komuniti PERIHATIN Malaysia.
Comments
Post a Comment