kesan apabila kerajaan menarik balik kes rayuan isu kalimah ALLAH
Kenyataan Media Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)
29 SHAWAL 1444H / 20 MAY 2023
Perkasa ingin merujuk kepada kenyataan di Malaysia kini bertarikh 19 May 2023 bertajuk “Isu kalimah 'Allah': MCCBCHST gesa k'jaan kaji semula enakmen negeri”
https://m.malaysiakini.com/news/665769
Inilah kesan apabila kerajaan menarik balik kes rayuan isu kalimah allah. Kini MCCBCHT memohon kerajaan supaya menyemak pula kepada peringkat Negeri. Secara jelas Raja-Raja Melayu selaku ketua Agama Islam tidak lagi dihormati serrta membelakangkan Raja-Raja Melayu. Adakah benar Kerajaan sudah mendapatkan persetujuan daripada Raja-Raja Melayu supaya kes rayuan tersebut ditarik balik??
Kerajaan seharusnya tegas dan melindungi Agama Islam seperti didalam Perlembagaan Negara dan juga mereka berjanji sebelum menjadi kerajaan terutama Dato Seri Anwar Ibrahim akan melindungi Agama Islam, Raja-Raja Melayu serta Melayu Bumiputra.
Perkasa mengecam sikap kurag ajar MCCBCHT . Kamu kene ingat negara ini majoriti adalah kaum yang beragama Islam. Apakah ajaran agama agama kamu ada menyeru menggangu gugat agama Islam???
Apakah KERAJAAN bodoh atau sengaja diperbodohkan dalam mempertahankan agama islam sebagai agama persekutuan yang termaktub dalam perlembagaan ????
Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 (1) secara jelas menyatakan Islam ialah agama rasmi Persekutuan,Jelas sekali Kerajaan bersikap tidak sensitif dan tidak mempertahankan agama Islam seperti yang termaktub Perlembagaan Persekutuan dan dalam Perlembagaan persekutuan Perkara 11(1) menjamin kebebasan beragama di Negara ini dan Perkara 11(4) melindungi Agama Islam
Dalam kerajaan ini juga terdapat mereka-mereka yang terlibat dalam kes-kes yang sedang berjalan di Mahkamah dan tidak sepatutnya memberi kuasa dan jawantan dalam kerajaan.
Apakah demi kuasa Islam kamu digadai???
Irwan Fahmi Ideris
Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)
29 Shawal 1444H / 20 May 2023
Comments
Post a Comment