MENGAPA DAP SERING KALI MENCAMPURI URUSAN UMAT ISLAM
Kenyataan Media 7 Okt 2023
PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) merujuk kepada Kenyataan Media Datok Ngeh Koo Ham https://malaysiagazette.com/2023/10/06/koo-ham-mahu-kerajaan-padam-islam-pada-kad-pengenalan-137-orang-asli/ iaitu Ahli Parlimen Beruas yang menggesa Kerajaan membetulkan status 137 orang asli dengan memadamkan perkataan 'ISLAM' yang ada pada kad pengenalan.
Perkasa mengecam tindakan dari pengerusi DAP Perak kerana ianya merupakan sikap kurang ajar dan berlaku biadap terhadap Umat Islam.
Tindakan biadap yang di tunjukkan oleh Ahli Parlimen Beruas ini merupakan salah satu cara halus yang hendak menidakkan Perlembagaan Persekutuan Perkara 11(4). Di samping itu pelbagai isu telah di buat oleh pemimpin pemimpin DAP yang telah menggguriskan hati Umat islam seperti tindakan horward lee yang cuba mentafsir ayat Al-Quran baru baru ini. Tiada tindakan oleh penguasa hanya dengan mengambil keterangan dan setelah kafir ini meminta maaf maka selesaikah?? Perkasa juga menuntut tindakan yang sewajarnya dapat dikenakan terhadap Haward ini.
Untuk pengetahuan YB Ahli Parlimen Beruas, di dalam islam, orang melayu islam di haramkan untuk makan daging Babi tapi kami juga menghormati penjual daging Babi dan tidak pernah menghina orang yang memakan Babi.
Begitu juga kamu. Ahli Parlimen Beruas, usah campur urusan Agama Islam sedangkan kami pon tidak pernah campur urusan Agama kamu. Mengapa ada sikap bangsa lain yang sibuk mencampuri urusan kami???
Bagi umat Islam babi itu haram dimakan tetapi kami tidak pernah menghalang agama lain menjual babi ataupun memakan babi dan kami umat Islam tidak pernah mempertikai.
Jelas segala tindak tanduk pemimpin pemimpin DAP ketika ini di lihat kebal apabila tiada tindakan yang di ambil terhadap mereka selepas mereka mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti orang melayu dan islam? Perkasa juga ingin bertanya kepada YAB PERDANA MENTERI apakah ada tindakan yang sewajarnya atau pon YAB PMX bersetuju dengan kenyataan MP Beruas ini? Adakah diam seribu bahasa?? Di manakah konsepnya Madani yang menjadi slogan kerajaan ketika ini??? Adakah ikhlas untuk pertahankan Agama Islam sebagai Agama Persekutuan??
Perkasa menggesa semua Ahli Ahli Parlimen yang beragama Islam di harapkan tidak duduk diam membisu, dan bersuara mewakili orang melayu islam di luar sana apabila isu melibatkan agama,bangsa dan tanah air cuba di lacurkan . Gunakan platform yang ada bagi menyuarakan pandangan Umat Islam ketika hak kebebasan bersuara sedang di sekat oleh pihak kerajaan ketika ini. Apakah ahli ahli Melayu DAP pada hari ini sekadar menjadi perkakas dan boneka kepada parti kamu??? Mana suara kamu ketika agama kamu dipertikai? Jika kamu boleh berdiam diri maka kamulah pengkhianat sebenarnya kerana kamu berdiam diri apabila agama Islam sendiri yang menjadi pegangan hidup kamu sendiri sedang dipertikai oleh bangsa asing
Perkasa berharap DAP tidak perlu untuk mencampuri urusan ini lagi dan biarkan orang asli sahaja yang berurusan dengan pihak yang berkenaan
Dalam masa yang sama, Perkasa menggesa campur tangan Raja Raja Melayu selaku Ketua Agama dan Payung kepada Umat Islam untuk melindungi kesucian Agama islam terus di pelihara sampai bila bila.
IRWAN FAHMI IDERIS
KETUA PENERANGAN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA
Comments
Post a Comment