Jika tak mampu turunlah dengan cara bermaruah

Asalamuaalaikum WBT

Seharusnya dalam keadaan Ringgit menjunam kerajaan perlu merangka rancangan jangka pendek, jangka sederhana dan juga jangka panjang. Menerangkan kepada rakyat dan juga meyakinkan para pelabur yang baru dan yang sedia ada bagaimanakah rancangan kerajaan dan cara-cara menyesaikan masalah ringgit yang kian merosot.

Kerajaan seperti tidak berbuat apa-apa dan seperti tiada rancangan bagaimana mahu menyesaikan masalah ringgit. Kerajaan juga bukan sekadar gagal mengukuhkan ringgit tetapi juga gagal merancang ataupun tiada rancangan.

Harvard dan Oxford telah mengeluarkan kenyataan bahawasanya ekonomi dunia pada tahun ini 2024 akan meleset. Bayangkan kini dengan keadaan ekonomi negara amat lemah dilanda pula dengan masalah ekonomi dunia yang bakal melanda.

Kerajaan dan juga pembangkang seharusnya bersama dalam menyesaikan masalah rakyat dan juga bakal menghadapi  masalah kemelesetan ekonomi dunia. Masalah rakyat adalah masalah yang lebih utama yang perlu diselesaikan. Jika kerajaan ini gagal menyesaikan plebagai masalah, maka turunlah dengan cara bermaruah daripada tampuk kuasa kerana kamu gagal menyesaikan masalah rakyat dan Negara 

Irwan Fahmi Ideris.
Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)
8:36pm, 28 Febuari 2024



Comments

Popular posts from this blog

APAKAH MENTERI DARIPADA DAP INI BODOH ATAU KRANG HAJAR???

Doa Nasiri