KUIL DI MID VALLEY SELAMAT TETAPI MASJID DIROBOHKAN

KUALA LUMPUR 5 Jan. - Wira PERKASA menyokong penuh usaha kepimpinan Datuk Ibrahim Ali dalam memfailkan injuksi bagi menghalang Kerajaan Negeri Kedah merobohkan Madrasah Salihiah.
Ketua Wira PERKASA Irwan Fahmi Ideris menjelaskan, keputusan Kerajaan Negeri dianggap satu perbuatan keji dan tidak menghormati Rumah Allah yang juga merupakan antara yang tertua di Negeri tersebut.
Beliau turut menafikan sekeras-kerasnya isu ini telah dipolitikkan malahan jika kaum dan Agama lain di Negara ini berhadapan perkara yang sama, sudah pasti situasi akan lebih agresif.
"Kita melihat jika ianya berlaku pada kaum lain, sudah tentu mereka akan mempolitikkan isu tersebut," ujar Fahmi ketika menjawab soalan KL pos.
Fahm juga memberi contoh Kuil yang terdapat berhampiran dengan Pusat Membeli Belah Mid Valley di sini yang masih kekal dan tidak menjadi penghalang untuk dirobohkan.
"Saya rasa jika ia (kuil tersebut) dirobohkan, sudah pasti ia akan menimbulkan ketegangan kaum," jelasnya lagi.
Wira PERKASA mendesak pihak Kerajaan Negeri pimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak agar menghentikan usaha merobohkan Madrasah Salihiah.
Beliau menggesa umat Islam bersatu menentang usaha tersebut.
Sebelum ini, PERKASA telah memfailkan permohonan injunksi untuk menghalang kerajaan negeri Kedah merobohkan Madrasah Salihiah.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata permohonan itu difailkan menerusi firma guaman Ahmad Rusydi Md Nor & Partners di Mahkamah Tinggi Alor Star.
"PERKASA akan menaja peguam bagi memohon injunksi di mahkamah agar madrasah yang berusia lebih 100 tahun ini tidak dirobohkan."
"Sebenarnya, banyak alasan untuk elak ia dirobohkan. Saya agak pelik kerana kerajaan Kedah kononnya memperjuangkan Islam tetapi nak merobohkannya."

"Tapi kita PERKASA akan memperjuangkan agar ia tidak dirobohkan. Kita juga akan melancarkan kempen mengumpul tandatangan untuk menghalang kerajaan Kedah daripada merobohkan madrasah tersebut," beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita. 

drp KL.Pos

Comments

Popular posts from this blog

Jika tak mampu turunlah dengan cara bermaruah

APAKAH MENTERI DARIPADA DAP INI BODOH ATAU KRANG HAJAR???

Doa Nasiri