APAKAH MENTERI DARIPADA DAP INI BODOH ATAU KRANG HAJAR???
Kenyataan media
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)
14/06/2024
*Rakyat Malaysia harus menghormati Kontrak Sosial?
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mengikuti Perkembangan semasa politik Tanah Air yang semakin membimbangkan terutamanya bila melibatkan kepentingan Orang Melayu yang menjadi majoriti di dalam Negara ini.
Kebimbangan orang melayu semakin terserlah apabila ada pihak pihak yang sudah Mula mencabar secara terbuka Hak-Hak kepentingan orang Melayu yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Negara
Perkasa melihat terlalu banyak cabaran yang telah melukakan hati orang melayu dan sudah sampai masanya untuk orang melayu memberitahu kepada seluruh Rakyat Malaysia apakah makna definisi Kontrak Sosial
Asas Perlembagaan Tanah Melayu yang kita perlu tahu sangat berkait dengan Kontrak Sosial. Kontrak Sosial di asaskan dari 5 hak Orang Melayu dan dari situlah, Perlembagaan Malaysia di gubal:
1) Perkara 3- Islam sebagai Agama Persekutuan
2) Perkara 14- Kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang undang
3) Perkara 152- Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan
4) Perkara 153- Hak Istimewa Orang Melayu
5) Perkara 181- Kedaulatan Raja raja Melayu
Hari ini ada pihak pihak yang sudah berani mencabar orang melayu dengan mempertikaikan bahasa melayu sebagai bahasa Kebangsaan serta berani membuat bantahan kepada aktiviti aktiviti Umat Islam seperti aktiviti Korban yang setiap tahun Umat Islam telah buat.
Antara isu isu panas yang sedang di cabar ketika ini ialah bantahan penggunaan bahasa melayu di peringkat SJKC dan juga SMJC di pulau pinang baru baru ini seperti link di bawah:
https://www.facebook.com/share/p/urGH68nxz2AFNqKT/?mibextid=qtnXGe
Isu Agama yang mencadangkan orang bukan Islam untuk mengkaji undang undang Islam:
https://youtu.be/vwp0cZ31
Malah Perkasa juga melihat pembahagian Kek Ekonomi Negara juga telah di monopoli secara meluas oleh bangsa bukan melayu. Kerajaan bukan sahaja gagal untuk membantu Usahawan Bumiputera tetapi sanggup membiarkan golongan golongan minoriti ini untuk terus membolot kekayaan yang ada dalam Negara ini.
Hari ini hati orang melayu benar benar sudah terluka kerana di robek oleh pihak pihak yang telah menganggu gugat kestabilan negara dengan pelbagai ancaman yang di buat apatah lagi bila seorang yang bertaraf menteri membuat kenyataan penting untuk memperbaharui Kontrak Sosial yang mampu berikan keadilan kepada semua.
Perkasa menyarankan pihak berwajib untuk mengambil tindakan tegas yang sepatutnya kerana ianya sangat jelas, elemen 3R telah di perkotak- katikkan. Naratif yang di bawa seolah- olahnya model kenegaraan sedia ada adalah tidak berperikemanusiaan juga membawa konotasi jauh panggang dari api. Sedangkan sebelum ini, rakyat sering di nasihatkan agar tidak membuat sebarang kenyataan yang menyentuh 3R iaitu Agama,Raja dan Kaum. Di harapkan juga elemen 3R ini tidak hanya di kenakan kepada bangsa melayu sahaja.
Perkasa mengecam kenyataan yang di buat oleh menteri ini kerana orang bukan melayu seharusnya belajar menghormati orang melayu yang menjadi majoriti di Negara ini, dan jika mereka mempertikaikan hak hak orang melayu dalam Perlembagaan Persekutuan maknanya mereka tidak menghormati perpaduan kaum yang di bentuk oleh Kontrak Sosial selama ini walaupon sudah lebih 60 tahun Negara mencapai kemerdekaan. Apakah sudah menjadi Menteri masih kurang hajar dan tidak menghormati bangsa Melay? Takkan dia tak faham Perlembagaan Negara bodoh sangat ke menteri ini atau mahu mencabar Melayu?
Irwan Fahmi Ideris
Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)
Comments
Post a Comment