KEKALKAN AKTA HASUTAN 1948.
Asalamuaalikum
Akta Hasutan 1948 adalah satu akta yang masih lagi relaven kerana ianya antara undang-undang yang mempertahankan kuasa Raja-Raja Melayu dan kepentingan hak-hak orang-orang Melayu khusunya. Akta ini adalah undang-undang yang melindungi atau mencegah orang-orang yang tidak bertanggungjawab menghasut rakyat dan ianya penting kerana menjamin keamanan yang kita kecapi selama ini.
Walaupun akta ini dikatakan lapok tetapi ianya masih berkesan dalam mendidik rakyat supaya tidak mendatangkan huru hara kepada negara.
Bangsa-bangsa lain mungkin sudah lupa bahawasanya Tok nenek mereka sudah setuju dengan Sosial Kontrak yang mana mengiktiraf Melayu sebagai tuan kepada negara ini, agama Islam sebagai Agama Persekutuan ( Sebagai Agama Rasmi Negara ini), mengiktiraf Raja-raja Melayu sebagai Ketua Negara, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Mereka bersetuju dengan Sosial Kontrak ini baru mereka ini boleh menjadi warganegara. Akan tetapi jika mereka tidak setuju dengan sosial kontrak ini mereka mempunyai dua pilihan. Pilihan yang pertama sama ada kembali ke negara asal mereka ataupun berhijrah ke tempat tempat yang mana British berkuasa (pada masa itu).
Malang pada hari ini kebanyakan mereka mereka ini tidak menghormati sosial kontrak yang mana mereka telah dipersetujui dahulu. Mereka sudah mula mahukan kesamarataan dan banyak budaya budaya luar diterapkan seperti Human Right, LGBT dan sebagainya.
Di sini kita lihat betapa pentingnya akta hasutan ini melindungi keharmonian dan juga ianya menjaga keamanan. Setiap undang-undang adalah sebenarnya untuk mengajar kita tentang batasan batasan yang perlu di ikuti.
Sebelum ini kita dapat melihat apabila ISA dimansuhkan betapa banyaknya keberanian yang tak sepatutnya berlaku. Kesilapan kerajaan memansuhkan ISA sehingga keadaan Negara tidak stabil. Keselamatan negara adalah yang utama dan tidak boleh dipertikaikan.
Pihak Polis tidak dapat bertindak untuk mempertahankan keharmonian negara jika akta ini dihapuskan. Contohnya apabila ISA dihapuskan. Sebelum ini ramai juga dikalangan bekas bekas IGP, anggota keselamatan dan juga bekas bekas Hakim termasuk mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammed menentang penghapusan Akta Hasutan 1948 dan ISA, serta ramai dikalangan mereka mahu ISA dikembalikan.
Kita juga perlu mempertahankan Akta Hasutan 1948 ini kerana ianya antara tunjang bagi keharmonian sebuah Negara. Kepada mereka yang mahu menghapuskan mungkin mempunyai agenda tersendiri.
Kita juga mendesak kerajaan supaya tidak menghapuskan akta hasutan 1948. Supaya tidak tunduk kepada desakan desakan luar yang mahu menghapuskan akta hasutan ini. Jika kerajaan menghapuskan akta hasutan ini maka PRU 14 kerajaan bakal menerima habuan. Kita tidak lagi boleh bergantung harap pada kerajaan yang sedia ada lagi.
Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia.
Comments
Post a Comment