Hak-Hak Melayu seperti dalam Perlembagaan Negara


Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia

11 Rabulakhir 1437 / 21 Januari 2016

Wira Perkasa Malaysia baru-baru ini telah mendapat khabar berita yang mengejutkan dari sebuah akhbar iaitu dari Datuk Dr. Wee Ka Siong mengatakan bahawa kerajaan menggantungkan sementara biasiswa Kementerian Pendidikan untuk program  prauniversiti dengan alasan ketidak tentuan ekonomi global skarang ini. Alasan yang tidak berhati perut malah tidak munasabah langsung untuk diterima. Mudah betul Datuk Dr. Wee Ka Siong membuat kenyataan sedemikian munkin terasa dengan tindakan kerajaan ini adalah Melayu dan bumiputra. Sedangkan ini termaktup dalam perlembagaan Negara yang mana biasiswa adalah hak mutlak Melayu Bumiputra.

Wira Perkasa Malaysia terasa terpanggil untuk membela nasib- nasib pelajar ini setelah apa yang kami lihat sendiri apa yang telah terjadi pada pelajar Mesir baru-baru ini. Mereka terpaksa bersusah payah mengikat perut dan berjimat cermat agar dapat terus melanjutkan pelajaran mereka. Wira Perkasa merasa amat kesian melihat nasib anak bangsa duduk di dalam keadaan kesempitan sedemikian lalu Perkasa Malaysia membuat satu alternatif dengan  melancarkan tabung bantuan pelajar Mesir bagi membantu mereka yang segelintirnya amat daif.

Adakah Datuk Dr. Wee Ka Siong melihat sendiri perkara ini? Dimana beliau dan kerajaan ketika ini? Apakah mereka tidak pantau nasib anak-anak Malaysia yg didalam kesusahan? Jika tidak mahu tolong secara terus tak apa tapi jangan menambahkan beban dengan menggantungkan biasiswa pelajar. Ini kerja gila dan tidak ada akal, saya tidak hairan jika mereka ini pulang ke tanah air menjadi pembangkang pd kerajaan. Mereka perlu ingat bahawa anak-anak muda hari ini makin pandai dan bukan yang boleh digula gula kan.

Kepimpinan Wira Perkasa mendesak keras agar Kerajaan memantau semula tindakkan barbaric ini dengan menggantungkan biasiswa. Bukan semua pelajar datang dr keluarga yang senang, malah ada keluarga yang perlu berkorban bermacam macam demi melihat anak mereka mendapat pendidikan yang baik. Sekarang sudah sampai masanya kerajaan pula berkorban utk rakyat dan anak-anak muda ini. Sungguhpun ekonomi tidak menentu tp nasib anak-anak muda harus diperlihat.

Wira Perkasa Malaysia sentiasa membela nasib anak melayu dan anak-anak muda yang lain demi kebaikkan mereka. Kami juga sentiasa mencari alternatif yg lain juga jika kerajaan gagal memainkan peranan utk membantu anak-anak muda ini. Jangan marahkan mereka jika mereka menjadi penderhaka. Cerminlah diri sebelum mahu membuat keputusan. Fikirkan nasib mereka yg didalam kesusahan. 

Anak muda adalah penentu masa depan Negara. Kembalikan hak-hak pembelajaran seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Negara

Wasalam

Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia
6:49pm 

Comments

Popular posts from this blog

Jika tak mampu turunlah dengan cara bermaruah

APAKAH MENTERI DARIPADA DAP INI BODOH ATAU KRANG HAJAR???

Doa Nasiri