Kenyataan Sdr Ibrahim Ali
KENYATAAN MEDIA TOK HIM
Presiden Perkasa:
Saya terpanggil utk memberi reaksi dan komen mengenai isu UMNO DAN WAKIL RAKYAT BN mahu Dato Mukriz Mahathir di tukar segera sebagai MB dan Pengurusi UMNO Kedah.
Ulasan saya atas kapisiti peribadi dan sebagai seorang ahli politik yg bebas tanpa ada ikatan dgn mana2 pihak.Isu Mukriz di lucut jawatan telah menjadi isu nasional dan tidak setakat rakyat negeri kedah.Secara logik tindakan umno kedah dan wakil rakyat berani bertindak demikian kerana sudah pasti ada restu dari pihak tertentu.
Bila masa dlm sejarah pimpinan umno peringkat negeri berani bertindak mendahului Presiden & PM. Apakah mereka tidak percaya keatas perlantikan yg di buat oleh PM dan mereka akan di rujuk kpd JK Disiplin.
Rakyat terus di heret ke satu isu , ke satu isu berhahas dan menguntuk antara satu sama lain tanpa henti.Suasana iklim politik dan kehidupan rakyat sejak pru 13 terus bergelora dgn berbagai isu yg belum selesai.Kini di tambah lagi dgn isu Mukriz dan pasti terkait dgn Tun M.
Berilah atas apa alasan sekali pun.Jika isu nya Mukriz lemah dgn alasan2 kabur,bagaimana pula Pengurusi2 UMNO dan MB Negeri lain.Jika tindakan ini di halalkan,maka satu 'precedent telah di halalkan dan ianya bolih menjadi ikutan lain2 negeri.
Contohnya Dato Mustapha Mohamad di Kelantan sudah lama menerajui UMNO Kelantan dan dgn jawatan2 dlm .krajaan pusat, tapi masih gagal menebus kekalahan BN di kelantan.Apakah umno kelantan berpuas hati dgn kepimpinan Dato Mustpha Mohamad.
Kalau asyik kalah saja tapi berpuas hati dan terus taat setia,maka mana lebih hebat antara umno kedah dan umno kelantan.Kedah pula sudah pun kembali kpd BN.Ini yg mula di bahas olih rakyat di warong2 atau mesjid dan surau..malah genarasi muda yg melihat Mukriz adalah ikon mereka.
Apa pun Mukriz tidak rugi apa apa kerana beliau maseh muda dan banyak masa.Yang pasti Mukriz sudah muncul dan lahir sebagai seorang wira dan tokoh muda terbilang hasil dari tindakan umno kedah.Seseorang pemimpin
yg akan menjadi tokoh hebat bermula dgn berbagai rintangan dan halangan.Jatuh dan bangun.Samalah dgn Tun M apabila di pecat olih umno zaman Almarhum Tengku Ab.Rahman.
Di situlah bermulanya nama Mahathir meniti di bibir mulut rakyat.Ada yg kena ISA dan kerana ISA menjadi popular.Ada yg di tahan 7 hari bawah ISA pun tepuk dada.Konon dia lah wira dan pada masa yg sama mengecam ISA.Dunia yg penuh dgn hipokrasi.
Yang rugi dalam isu Mukriz ialah UMNO dan BN.Kalau PRU13 kemenangan BN terus menjunam maka bagaimana pula PRU ke 14 akan datang.PRU13 mendapat sokongan Tun M dan tidak ada isu isu besar pun gagal tambah kursi atau mendapat 2/3majoriti.Bersalut dgn berbagai isu termasuklah kos kehidupan rakyat dgn isu GST,Nilai Ringgit yg merundum,IMDB dan 2.6B yg begitu kontroversi,penganguran, pembiayaan pelajaran, di tambah pula TPPA dan.terbaru isu Mukriz.
Suasana politik UMNO/BN amat mengerikan.Allah sahaja yg maha mengetahui.Saya hanya melikar pandangan sebagai orang politik yg sudah masak dgn asam garam.Anwar dlm.penjara,Tok Guru Nik.Aziz sudah kembali ke rahmatullah dan Pakatan Rakyat sudah pecah dimana semua ini sepatutnya sudah mengembalikan keyakinan rakyat pd umno dan BN,tetapi keadaan di sebaliknya.
Pakatan Rakyat sudah mati dan lahir Pakatan Harapan namun UMNO/BN terus di serang penyakit demi penyakit.Apapun,kita berdoa semuga Msia Negara Tercinta Aman Damai.Pandangan ini adalah pandangan peribadi dari.insan kerdil yg selalu mengambil.berat terhadap rakyat dan negara..
Terima kasih
drp Sdr Ibrahim Ali(Tok Him).
Comments
Post a Comment