Anggaran Penduduk Warganegara 2018 Mengikut Kaum
Sekadar Makluman
Melayu Bumiputra = 20.07 juta (69.1%)
Cina = 6.69 juta (23.0%)
India = 2.01 juta (6.9%)
Lain-lain = 0.29 juta (1.0%)
Kita menyaksikan bahawasanya kita sekarang ini Melayu Bumiputra ketinggalan. Kita menyatakan bahawa kita adalah tuan tanah kepada negara ini. Malangnya bangsa kita daripada sudut ekonomi adalah yang kebelakang. Pembahagian kek ekonomi negara tidak dibahagi secara adil.
Keadaan kos sara hidup masih lagi tinggi. Pergerakan ekonomi masih lagi lembab. Pembanggunan tidak ada. Harga sawit dan getah masih ditahap yang rendah. Majoriti pengusaha sawit dan getah adalah dikalangan kaum majoriti di negara ini.
Apa yang sebenarnya berlaku? Apakah perubahan Malaysia Baru tiada apa-apa yang baru? Atau pun ada unsur-unsur sabotaj daripada Pakatan Harapan?
Kebelakangan ini kita melihat isu-isu sensitif makin menjadi-jadi. Kaum minoriti cuba merampas hak-hak daripada kaum majoriti. Contoh, pertikaian berkenaan dengan tulisan jawi, menghina pendakwah Islam, dan sebagainya.
Semua ini boleh menjauhkan lagi pelabur-pelabur asing untuk berurus niaga disini "Lost Confidence through our Nation" disebabkan tidak kestabilan politik di negara ini. Kestabilan politik amat penting kerana ianya menunjukkan kestabilan negara dan kerajaan dalam membuat sebarang keputusan.
Inilah juga akibat peninggalan penjajah yang mana kami membayarnya pada hari ini dan kesan-kesannya sudah mula nampak.
Harus dingat juga kemenangan pada kali ini adalah disebabkan mantan Perdana Menteri yang ke 4 Tun Dr Mahathir Mohamad. Di sebabkan Tun juga melayu berani keluar mengundi pembangkang. Jika kita ringkap kembali, Lim Kit Siang berjuang sekian lama tidak berjaya, Dato Seri Anwar Ibrahim berjuang keluar masuk penjara pun tidak boleh menang. Mana kala Tun hanya mengambil masa selama 18 bulan untuk menumbangkan Umno Barisan Nasional.
Pada sejarah yang lepas PRU ke 13, majoriti bangsa Melayu tidak memberi undi kepada pembangkang (PKR, DAP & PAS) tidak dapat menumbangkan Umno Barisan Nasional. Ini juga peringatan yang harus di ingat oleh DAP kususnya.
Bangsa-bangsa lain harus ingat kaum majoriti di negara ini. Kami telah bertolak ansur sekian lama.
Irwan Fahmi Ideris
23 Ogos 2019
9:50 malam
Comments
Post a Comment