Day 10 JUMAAT MALAYSIA MOVEMENT CONTROL ORDER

#Day10
#Covid19

Asalamuaalaikum 

Salam Jumaat 
Hari ini adalah minggu ke dua kita tidak menunaikan Solat Jumaat. Adakah pernah terfikir oleh kita perkara sebegini akan berlaku? Sudah pasti tidak. 

Di kelapangan ini juga kita perlu bermuhasabah diri, melihat kembali kesilapan pada diri sendiri supaya diperbaiki pada masa yang akan datang. Suatu musibah itu berlaku adalah kerana kesilapan pada diri kita sendiri dan kita bersubahat (dengan tidak menegur salah laku orang lain) maka kita juga akan menerima musibah tersebut. 

Seketika ini kita mempunyai ruang dan peluang masa yang begitu banyak untuk kita berbuat perkara yang jarang kita buat. Padanglah apakah tujuan kita dihidupkan? Setiap daripada kita mempunyai Amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. 

Inilah masanya kita mensucikan hati, sentiasa bersangka baik dan sentiasa memandang jalan penyesaian daripada berbicara perkara yang sudah berlaku. 
Perkara yang penting adalah jaga diri sendiri maka akan terjagalah diri orang lain dengan sendirinya.
Penyakt atau musibah seperti ini berlaku diatas kejahilan kita sendiri. 

Wasalam
Irwan Fahmi Ideris 
#MalaysiaMovementControlOrder

Comments

Popular posts from this blog

Jika tak mampu turunlah dengan cara bermaruah

APAKAH MENTERI DARIPADA DAP INI BODOH ATAU KRANG HAJAR???

Doa Nasiri