Day 11- Cadangan Pusat Saringan Khas Untuk Covid-19

Asalamuaalaikum WBT

Sekadar Cadangan

Adalah lebih baik jika kerajaan menyediakan pusat khas Corona Virus / Covid-19 Assessment Center yang berlainan daripada Hospital. Ini kerana apabila di Hospital ianya juga merisikokan pesakit-pesakit yang sudah ada di Hospital.

Kita semua tahu buat masa ini Hospital Sg Buluh sudah pun menjadi Center utk pesakit-pesakit Covid-19 dan berkemungkinan Hospital Selayang akan menjadi tempat kedua untuk tumpu kepada Pesakit Covid-19

Ini baik untuk orang yang tinggal berdekan. Bagaimana pula dengan luar daripada Kuala Lumpur dan Selangor? Cadangan saya ialah saya yakin dan percaya ada kuoters-kouters kerjaan yang sudah tidak digunakan maka kita jadikan kuoters-kuoters tersebut untuk menjalankan saringan covid-19 sahaja. Apabila didapati Positif barulah bawakan ke Hospital yang berdekatan.

Setidak-tidaknya hospital tidaklah penuh dengan sekadar membuat ujian-ujian Covid-19. Jika seorang persakit positif Covid-19 datang ke Hospital sebelum disaring sudah pasti pesakit ini akan memegang banyak benda-benda yang boleh menyebabkan jangkitan pada orang yang lain.

Hanya kita sediakan tempat saringan yang berasingan dan jika tempat itu cukup luas mungkin tempat tersebut boleh dijadikan tempat kourantin juga selain daripada 400 tempat yang sudah dikenal pasti oleh MKN

Ini juga salah satu langkah keselamatan untuk rakyat dan juga pesakit-pesakit yang sudah ada di Hospital.

Wasalam

Irwan Fahmi Ideris
#Covid19
#Day11
#MalaysiaMovementControlOrder
#KekalTenang
#StayHomeStaySafe

Comments

Popular posts from this blog

Jika tak mampu turunlah dengan cara bermaruah

APAKAH MENTERI DARIPADA DAP INI BODOH ATAU KRANG HAJAR???

Doa Nasiri