KURANG AJAR MCCBCHST
Kenyataan media Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)
Pertubuhan pribumi perkasa malaysia( PERKASA) ingin mengingatkan kepada MCCBCHST agar berhenti untuk masuk campur dalam urusan yang melibatkan orang islam. Dakwaan MCCBCHST yang mengatakan cadangan untuk mewujudkan pusat mediasi bagi menyelesaikan isu berkaitan hak penjagaan anak yang beragama islam dan bukan islam mungkin tidak akan dapat di laksanakan.
Sedangkan cadangan itu baru sahaja di peringkat cadangan yang di utarakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri( Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar yang masih lagi dalam peringkat kajian bagi membantu masalah isu ini di luar konteks mahkamah.
Perkasa ingin mempersoalkan mengapa bila ada isu yang melibatkan Agama islam, MCCBCHST ini seolah olah ingin menunjukkan ianya pandai dalam segala hal. Seperti sebelum ini dia mendesak supaya kerajaan mengkaji semula tentang isu kalimah ALLAH?
Sebagai sebuah NGO yang memperjuangkan pelbagai agama seperti MCCBCHST ini, Perkasa ingin menasihatkan agar jaga lah agama masing masing dan tidak perlu untuk masuk campur dalam agama islam kerana ianya akan mengundang kemarahan orang islam di malaysia ini.
Sebelum ini banyak kenyataan yang tidak disenangi dikeluarkan oleh MCCBCHST. Perkasa konsisten menentang kenyataan mereka yang selalu mencetuskan ketegangan dan mencemarkan keharmonian masyarakat di negara ini. Pihak mereka jelas menunjukkan sikap ekstrim terhadap agama Islam.
Perkasa ingatkan mereka sekali lagi. Jangan bersikap eksteimis terhadap agama lain terutamanya Islam. Islam adalah agama rasmi negara. Kita telah lama hidup harmoni bersama dalam kepelbagaian masyarakat. Jangan kerana sikap ekstrimis mereka akan menimbulkan ketegangan sesama kita dalam negara ini.
Islam menerapkan nilai murni dan toleransi dalam kehidupan. Cadangan baru sahaja dicadang dan belum lagi ditetapkan. Namun apa sahaja perbincangan atau cadangan perlulah mengikut garis panduan dan selari dengan pegangan akidah serta tidak melanggari peraturan yang ditetapkan oleh syariat Islam.
Perkasa mendesak agar MCCBCHST tidak cepat melatah dalam memberi komen atau kenyataan yang melibatkan agama Islam. Jika benar mereka ini mewakili agama Buddha, Hindu, Sikh dan Tao mereka perlu berlapang dada dan tidak cepat memberikan komen atau kenyataan yang melampau.
Irwan Fahmi Ideris
Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa)
Comments
Post a Comment