KHIANAT PADA JANJI SENDIRI




Asalamuaalaikum

Ternyata kerajaan tidak mempunyai kemampuan dan kepakaran dalam mengurus kewangan Negara. Masalah rakyat tidak dapat diselesaikan malah menambah kesusahan rakyat. Dalam masa 2 tahun mereka memerintah pelbagai isu dan keharmonian kaum tidak terjamain.

Dua tahun lepas dalam konvension PKR Anwar Ibrahim ada berkata 'bagaimana harga minyak nak turun kita tidak memerintah' sebelum berkuasa kini apabila kamu ditampuk kuasa janji tinggal janji. Kamu khianat pada rakyat, apa yang kamu niat, apa yang kamu ucapkan / kata dan perbuatan kamu adalah berbeza.

Kamu seharusnya turun dan kamu juga menjadi Perdana Menteri atas gabungan parti politik yang mempunyai kepenting masing masing. Kamu tidak mendapat mandat rakyat. Kamu harus ingat doa orang yang teraniaya.

Rakyat menghadapi kos sara hidup yang meningkat setiap hari. Kerajaan pula menarik pelbagai subsidi yang sekian lama dinikmati oleh rakyat.Mana formular formular? Mana pembatalan PTPTN? mana pendidikan percuma? Mana turunkan harga minyak? Ringgit yang lemah dan pelbagai lagi.

Kita juga memohon supaya campur tangan Raja Raja Melayu dalam menyesaikan masalah yang semakin genting. Disebabkan kepentingan seorang yang mahu menjadi Perdana Menteri dan sudah pun menjadi Perdana Menteri lulu menyusahkan rakyat.Lebih baik kamu berundur daripada pucuk pimpinan kerana selagi kamu memerintah rakyat semakin susah.

Setiap yang bermula pasti ada akhirnya.

Irwan Fahmi Ideris
5:20am, 10 Jun 2024

Comments

Popular posts from this blog

Jika tak mampu turunlah dengan cara bermaruah

APAKAH MENTERI DARIPADA DAP INI BODOH ATAU KRANG HAJAR???

Doa Nasiri