Covid-19 Malaysia hari ke 6 Perintah Kawalan Pergerakan
#Day6
#Covid19
#MalaysiaMovementControl
#StaySafeAndStayAtHome
#KekalTenang
Pengalaman kita ini tidak semua merasai, sejarah ini yang akan kita ceritakan kepada anak cucu kita pada hari mendatang. Seperti Atok Nenek dan Mak bapak kita pernah menceritakan penderitaan seperti dizaman sebelum Merdeka, diperintah oleh Komunis dan sebagainya.
Semua ini ada berkaitan dengan Nyawa, melalui berita-berita diseluruh dunia kebanyakan negara-negara seperti United Kingdom, Italy, Spain, German dan negara-negara eropah kebanyakan mereka telah menyekat pergerakan, seperti Italy, France dan Spain negara ini telah membuat TOTALY LOCK DOWN. Akibat kedegilan rakyat mereka yang memandang mudah berkenaan Covid19 ini.
Negara kita perlu mematuhi segala perangcangan yang telah di sarankan kerana semua ini adalah untuk kebaikan kita semua. Mungkin kita boleh menipu penguasa tetapi mampukah kita menipu diri kita sendiri?
Akibat daripada kepentingan diri sendir ianya akan mengudang masalah yang mana mungkin ahli keluarga kita menerima musibah akibat perbuatan kita sendiri dan orang lain yang tidak bersalah.
Sekarang inilah masa untuk kita mendekatkan diri dengan ALLAH SWT. Mungkin kita terlalu leka dengan urusan dunia sehingga terlupa pada pencipta.
Bersama kita sepakat untuk memerangi penyakit ini dengan kita duduk dirumah dan mentaati pemeritah selagi pemerintah tidak berlaku zalim kepada kita.
Setip apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Redho dengan segala ketentuan NYA
Irwan Fahmi Ideris
#Day6
Isnin 6:45ptg
Comments
Post a Comment